Friday, May 7, 2010

SETEGUK PASIR

"Sehidup Semati" ungkapan yang kita dengar daripada pasangan kekasih yang masih berjinak-jinak di alam percintaan. Betapa seronoknya kita di buai arus percintaan yang belum pasti penamatnya, bak kata budak matematik bagaikan arus infiniti. Kita ingin membawa warga asing ke alam kita di jalan benar namun kita lihat dulu diri kita mampukah kita membawa diri kita? Kita boleh bagi contoh kepada mereka yang tidak mengenali Islam tentang aurat wanita mengenai rambut dengan menyatakan cuba anda bayangkan rambut kekasih kita hanya untuk kita sahaja jadi orang lain tidak dapat menikmati keindahan rambut pasangan. Wah, pandainya kita berbicara tapi kenapa kita sendiri tak nampak yang kita pun sama inilah di katakan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Dalam keasyikan kita di alam cinta ciptaan kita tanpa kita sedari kita sudah jatuhkan maruah diri kita kepada orang yang kita masih mencari kebenaran dirinya, hanya dengan kata-kata manis, masam masin. Kira cukup rasalah kita sudah terperangkap dalam dunia ciptaan kita sendiri. Siapa yang bodoh adakah kita ataupun pasangan kita? Jawapannya pasti kita tahu, namun masih tak sedar diri lagi. Alam percintaan ini ada beberapa fasa juga, daripada pandangan pertama hinggalah cinta tiada erti lagi.

Wednesday, May 5, 2010

KISAH SI COMOT DAN RATU_RATU PENAWAR


Aku tak tahu nak cerita apa tentang gambar ini, tapi akan aku cuba menyediakan cerita pengembaraan si comot bersama ratu-ratunya, serta pahlawan mereka. Pengembaraan mereka bermula dari perkampungan Lawan Kuda yang ingin merentasi liku-liku hutan rimba untuk sampai ke destinasi mereka iaitu Kampung Penyakit Mabuk Kuda(KMPk). Bermulanya perjalanan mereka dengan penuh cabaran, suka duka serta hilai tawa.

Belum sampai separuh jalan secara tidak di sengajai mereka melalui laluan penunggu rumah yang begitu kejam dan menakutkan, penunggu rumah tersebut terus

BAGAIMANA MENGHADAPI STRES MENURUT ISLAM???

1. Membaca al-Quran dengan Menghayati Maknanya
Dengan menghayati makna ayat-ayat dalam al-Quran iaitu memahami dan mendalami isi kandungannya, seseorang itu berupaya menenangkan dan menenteramkan hati dan fikiran.

2. Memperbanyakkan Taubat dan Istighfar
Berfikir sejenak tentang dosa yang dilakukan. Merenung tentang segala nikmat yg Allah beri kepada kita.

Kelebihan Taubat dan Istighfar
+ Disayangi oleh Allah
+ Didoakan oleh para malaikat
+ Diampunkan dosa
+ Allah memberi pelepasan kepadanya daripada sebarang masalah
+ Dimurahkan rezeki
+ Ditinggikan kedudukan di sisi Allah
+ Bertaubat adalah ciri orang yg beriman

3. Mendekatkan Diri kepada Allah

Boleh dilakukan dgn 2 cara:
a) Qiamullail: iaitu bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah dengan meninggalkan kenikmatan tidur.
Seseorang yg bangun pada tengah malam semata-mata utk mengingati Allah, dgn susah payah berwuduk dan bersolat, maka hatinya akan menjadi tenang dan fizikalnya akan jadi kuat.

b) Banyakkan berzikir: Mengingati Allah sama ada dgn perkataan, perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
Allah berfirman dalam Surah al-Ra’d : 28, maksudnya, ”Bukankah dgn mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.”

4. Banyakkan Bersedekah

5. Bijak Mengurus

6. Bersangka Baik Terhadap Allah

7. Tawaka

Tuesday, May 4, 2010

Jejak irama hidup

Dalam segmen jejak irama hidup ini irfan naqib ingin menjejak kembali apa yang telah ada pada diriku yang seharusnya dikekalkan kerana bukan semua perkara kita perlu merobohkannya kerana masih ada sisa-sisa yang masih berguna untuk perkara akan datang, ia mungkin menjadi satu tiang yang kukuh untuk membina sebuah impian yang masih bayi. Impian tidak akan rosak sama sekali walaupun kita masih berpegang kepada barangan antik, bukankah pada zaman sekarang manusia mencari peninggalan sejarah untuk jadikan ia sebagai panduan serta pengajaran kepada generasi masa depan. Begitu juga dengan kehidupan kita, walaupun ingin perubahan tidak semestinya yang lama dilupakan.

Apa yang irfan naqib nak jejaki sekarang adalah satu perkara yang diriku pegang sejak hidupnya prinsip dalam diriku adalah otak mesti kena kreatif. Apa makna dengan otak mesti kena kreatif ni? Maknanya setiap perkara tidak semestinya kita menerima sebulat hati apa yang kita terima atau lalui, hati pun tidak la sebulat mana pun jadi jangan kita membulatkan hati kita, dengan perkara-perkara yang boleh kita pertimbangan. Diriku juga menjadi ia suatu motivasi kepada sahabat-sahabatku sebelum ini memerlukan nasihat daripadaku. Aku sememang nak bagi nasihat kepada mereka tidaklah sehebat diri mereka yang sentiasa membimbingku, memapahku ke jalan yang betul agar tidak tersasar ke arah bangkai lumpur. Pegangan ini dapat diterima oleh mereka dan aku dapat lihat kemajuan mereka tanpa mereka sedari. Aku merasakan diriku terapung di lautan yang amat mempersonakan bak kata orang bagaikan syurga datang menghampiri kita.

Daya pemangkin lain yang irfan naqib ingin bawa dari kisah silam diriku pula beradab. Irfan naqib ataupun aku memang ingin menyatakan bahawa manusia yang beradab merupakan manusia yang paling istimewa hidup di dunia ini kerana dia akan mementingkan kepentingan orang di sisinya agar rasa selesa dan senang, namun di sini irfan naqib tidak pula menyatakan bahawa dia akan jadi seorang yang terlampau menjaga hati orang lain sehingga dirinya menanggung beban yang irfan naqib tidak selesa. Irfan naqib ingin melihat sahabatnya menjaga adab dan tingkahlaku mereka agar tidak mengganggu perasaan orang lain yang inginkan ketenangan, keselesaan dan kebahagiaan. Sepatutnya sahabat irfan naqib ni tahu jaga adab ketika makan, orang lain sedang tidur, waktu membuang hajat. Oh ya, irfan naqib ingin menekankan sedikit mengenai buang hajat ni, irfan naqib rasa la kan orang yang tidak tahu cara-cara buang hajat ni kena ajar. Kita bagi mereka buat demo depan khalayak ramai cara yang betulnya.

Sunday, May 2, 2010

bicara

sahabat, ku perlu berbicara denganmu
tentang semua yang telah kau lakukan
membuatku jadi begini
aku perlu berbicara denganmu.

perasaan, ia sedang membara
membakar diriku

Saturday, May 1, 2010

setitis air untuk benih baru

Kenapakah blog ini dinamakan duniaku di alam irfan naqib????
Duniaku di alam irfan naqib merupakan satu cara diriku untuk membentuk diri yang baru yang aku inginkan selama ini. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tukar nama? Adakah disebabkan hal masa lalu membuat aku tukar nama?? Jawapannya tidak, seperti yang aku katakan sebelum ini irfan naqib ni sebuah impianku untuk membawa diriku ke aliran yang mempunyai sinaran hiduo di masa depan..

Apakah impian irfan naqib??
Soalan ini agak sukar untuk diperkatakan kerana irfan naqib merupakan insan yang baru lahir daripada jiwa diriku yang sedang mencari siapa aku. Impian irfan naqib mencari siapa diriku yang sebenarnya. Adakah aku ni seorang yang betul-betul aneh, comot, pemalas atau apa-apa lagi pandangan orang lain atau aku sendiri terhadap jiwa yang masih memegang kunci kebenarannya, ataupun semua ini hanya hiasan hidup diriku untuk mengubah corak pemikiran naluriku ataupun sememangnya kelahiran aku ini untuk dijadikan insan yang sebegini.. Tapi aku sedikit pun tidak rasa kesal dengan apa yang ada dalam diriku kerana aku tahu yang kewujudan aku masih mempunyai satu nilai yang penting terhadap seseorang. Oleh sebab itulah aku perlu melangkah ke hadapan revolusikan diriku ini supaya aku tidak lagi terjerat di gelombang bisa, yang menyeksakan semua orang. Aduh seksa hidup ini bila terkena panahan-panahan gelombang bisa itu.

Apa yang irfan naqib ingin lakukan untuk kejayaan masa yang dikejar?
Buat permulaan ini irfan naqib hanya ingin mencipta kehidupan di dalam duniaku di alam irfan naqib dahulu, kerana setiap perkara bagiku kita memerlukan sebuah rancangan yang betul, teliti dan memberi manfaat. Irfan naqib mungkin akan meluahkan apa yang terpendam di hati irfan naqib dahulu, sebelum mengaruskan ia kepada kehidupan realiti. Untuk menjadikan ianya betul-betul terserlah dengan apa yang irfan naqib bayangkan, irfan naqib memerlukan sahabat-sahabat irfan naqib yang sudi datang untuk membangunkan dunia irfan naqib di mata sahabat-sahabat yang menyinari kehidupanku sebelum ini.