Tuesday, May 4, 2010

Jejak irama hidup

Dalam segmen jejak irama hidup ini irfan naqib ingin menjejak kembali apa yang telah ada pada diriku yang seharusnya dikekalkan kerana bukan semua perkara kita perlu merobohkannya kerana masih ada sisa-sisa yang masih berguna untuk perkara akan datang, ia mungkin menjadi satu tiang yang kukuh untuk membina sebuah impian yang masih bayi. Impian tidak akan rosak sama sekali walaupun kita masih berpegang kepada barangan antik, bukankah pada zaman sekarang manusia mencari peninggalan sejarah untuk jadikan ia sebagai panduan serta pengajaran kepada generasi masa depan. Begitu juga dengan kehidupan kita, walaupun ingin perubahan tidak semestinya yang lama dilupakan.

Apa yang irfan naqib nak jejaki sekarang adalah satu perkara yang diriku pegang sejak hidupnya prinsip dalam diriku adalah otak mesti kena kreatif. Apa makna dengan otak mesti kena kreatif ni? Maknanya setiap perkara tidak semestinya kita menerima sebulat hati apa yang kita terima atau lalui, hati pun tidak la sebulat mana pun jadi jangan kita membulatkan hati kita, dengan perkara-perkara yang boleh kita pertimbangan. Diriku juga menjadi ia suatu motivasi kepada sahabat-sahabatku sebelum ini memerlukan nasihat daripadaku. Aku sememang nak bagi nasihat kepada mereka tidaklah sehebat diri mereka yang sentiasa membimbingku, memapahku ke jalan yang betul agar tidak tersasar ke arah bangkai lumpur. Pegangan ini dapat diterima oleh mereka dan aku dapat lihat kemajuan mereka tanpa mereka sedari. Aku merasakan diriku terapung di lautan yang amat mempersonakan bak kata orang bagaikan syurga datang menghampiri kita.

Daya pemangkin lain yang irfan naqib ingin bawa dari kisah silam diriku pula beradab. Irfan naqib ataupun aku memang ingin menyatakan bahawa manusia yang beradab merupakan manusia yang paling istimewa hidup di dunia ini kerana dia akan mementingkan kepentingan orang di sisinya agar rasa selesa dan senang, namun di sini irfan naqib tidak pula menyatakan bahawa dia akan jadi seorang yang terlampau menjaga hati orang lain sehingga dirinya menanggung beban yang irfan naqib tidak selesa. Irfan naqib ingin melihat sahabatnya menjaga adab dan tingkahlaku mereka agar tidak mengganggu perasaan orang lain yang inginkan ketenangan, keselesaan dan kebahagiaan. Sepatutnya sahabat irfan naqib ni tahu jaga adab ketika makan, orang lain sedang tidur, waktu membuang hajat. Oh ya, irfan naqib ingin menekankan sedikit mengenai buang hajat ni, irfan naqib rasa la kan orang yang tidak tahu cara-cara buang hajat ni kena ajar. Kita bagi mereka buat demo depan khalayak ramai cara yang betulnya.

No comments:

Post a Comment