Saturday, May 1, 2010

setitis air untuk benih baru

Kenapakah blog ini dinamakan duniaku di alam irfan naqib????
Duniaku di alam irfan naqib merupakan satu cara diriku untuk membentuk diri yang baru yang aku inginkan selama ini. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tukar nama? Adakah disebabkan hal masa lalu membuat aku tukar nama?? Jawapannya tidak, seperti yang aku katakan sebelum ini irfan naqib ni sebuah impianku untuk membawa diriku ke aliran yang mempunyai sinaran hiduo di masa depan..

Apakah impian irfan naqib??
Soalan ini agak sukar untuk diperkatakan kerana irfan naqib merupakan insan yang baru lahir daripada jiwa diriku yang sedang mencari siapa aku. Impian irfan naqib mencari siapa diriku yang sebenarnya. Adakah aku ni seorang yang betul-betul aneh, comot, pemalas atau apa-apa lagi pandangan orang lain atau aku sendiri terhadap jiwa yang masih memegang kunci kebenarannya, ataupun semua ini hanya hiasan hidup diriku untuk mengubah corak pemikiran naluriku ataupun sememangnya kelahiran aku ini untuk dijadikan insan yang sebegini.. Tapi aku sedikit pun tidak rasa kesal dengan apa yang ada dalam diriku kerana aku tahu yang kewujudan aku masih mempunyai satu nilai yang penting terhadap seseorang. Oleh sebab itulah aku perlu melangkah ke hadapan revolusikan diriku ini supaya aku tidak lagi terjerat di gelombang bisa, yang menyeksakan semua orang. Aduh seksa hidup ini bila terkena panahan-panahan gelombang bisa itu.

Apa yang irfan naqib ingin lakukan untuk kejayaan masa yang dikejar?
Buat permulaan ini irfan naqib hanya ingin mencipta kehidupan di dalam duniaku di alam irfan naqib dahulu, kerana setiap perkara bagiku kita memerlukan sebuah rancangan yang betul, teliti dan memberi manfaat. Irfan naqib mungkin akan meluahkan apa yang terpendam di hati irfan naqib dahulu, sebelum mengaruskan ia kepada kehidupan realiti. Untuk menjadikan ianya betul-betul terserlah dengan apa yang irfan naqib bayangkan, irfan naqib memerlukan sahabat-sahabat irfan naqib yang sudi datang untuk membangunkan dunia irfan naqib di mata sahabat-sahabat yang menyinari kehidupanku sebelum ini.

No comments:

Post a Comment